Tema Dan Logo Merdeka 2017 Malaysia

Tema & Logo Merdeka 2017 Malaysia. Setiap tahun pada 31 hb Ogos, rakyat Malaysia akan merayakan sambutan Hari Kebangsaan. Untuk tahun 2017, tema sambutan Hari Kebangsaan adalah Negaraku Sehati Sejiwa. Untuk rujukan, tema tahun lepas 2016 adalah Sehati Sejiwa.

Tema Hari Kebangsaan 2017 Dan Logo Sambutan

Berikut kami kongsikan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 pada 31 Ogos 2017 yang merupakan tarikh cuti umum. Sebagai rujukan, dikongsikan juga maksud tema “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Tema Hari Kemerdekaan 2017 yang dipilih adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”. Tema ‘Sehati Sejiwa’ membawa maksud kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara Malaysia. Selain itu ianya melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Pemilihan tema menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betaa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang.

Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017. Hari Malaysia pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2017.

  • Tema : Negaraku Sehati Sejiwa

Recent search terms:

  • logo merdeka 2017

Latest from Semakan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*