≡ Menu

LOCATION
Perlis Kelantan Johor
Selangor T.Ganu Melaka
K.Lumpur Pahang N.9
Putrajaya Sabah Kedah
Sarawak P.Pinang Perak

Jawatan Kosong Pengajar (Jurupulih Perubatan Cara Kerja) Gred U41

Berikut adalah senarai penuh gaji jawatan pengajar jurupulih perubatan cara kerja kerajaan, segala sesi temuduga atau pengambilan baru akan diberitahu dari semasa ke semasa
PENGUMUMAN PENTING : Syarat kelayakan dan gred gaji baru telah pun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)
Segala maklumat dibawah adalah yang terkini mengikut skim tangga gaji terbaru kerajaan Malaysia.
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,260.00 RM8,756.00 RM225.00


Syarat Lantikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya[ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]
  • Telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan)
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pengajar Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di atas
  • Merumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan:

  • Applied Rehabilitation (Occupational Therapy)
  • Occupational Therapy
  • Sarjana Muda Terapi Cara Kerja

Deskripsi Tugas:

Aktiviti Latihan
Bertanggungjawab dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang dipertanggungjawabkan di unit berkaitan dengan melaksanakan tugas seperti berikut:

  • Menyampaikan syarahan.
  • Menyelia pelatih/pengajar di bawah tanggungjawab.
  • Memantau buku log.
  • Menyediakan kemudahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelatih yang dirujuk dari semasa ke semasa.

Pembangunan dan Perkembangan Akademik 
Bertanggungjawab dalam aspek pembangunan dan penyelarasan subjek yang berkaitan dengan melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:

  • Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kandungan subjek berkaitan.
  • Menjalankan kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan merancang program dan menganalisa keperluan subjek di unit berkaitan.
  • Menyediakan soalan-soalan berkaitan dari hasil pengajaran dan pembelajaran untuk membuat penilaian.
  • Memastikan pembelajaran berterusan di kalangan pengajar dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.


Urusan Latihan Amali di Kawasan Klinikal 
Bertanggungjawab memastikan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan

  • Menguruskan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
  • Memastikan penempatan pelatih memenuhi keperluan harian.
  • Melaksanakan penilaian terhadap pelatih semasa berada di kawasan klinikal.
  • Memantau aktiviti latihan pelatih.
  • Memantau buku log.

Pengurusan Pentadbiran

  • Bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia seperti berikut:
  • Menyelaras semua hal berkaitan cuti pelatih.
  • Menyelaras dan menyediakan laporan prestasi akademik pelatih.
  • Menguruskan segala urusan peperiksaan yang berkaitan.
  • Lain-lain skop tugas yang ditentukan dari semasa ke semasa
Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Pocketjobs ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend