≡ Menu

LOCATION
Perlis Kelantan Johor
Selangor T.Ganu Melaka
K.Lumpur Pahang N.9
Putrajaya Sabah Kedah
Sarawak P.Pinang Perak

Jawatan Kosong Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41

Berikut adalah senarai penuh gaji jawatan pegawai komunikasi strategik kerajaan, segala sesi temuduga atau pengambilan baru akan diberitahu dari semasa ke semasa

PENGUMUMAN PENTING : Syarat kelayakan dan gred gaji baru telah pun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

Segala maklumat dibawah adalah yang terkini mengikut skim tangga gaji terbaru kerajaan Malaysia.
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00


SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred Fs1 : RM2281.86); atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.70); atau
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S43, S47, S51 atau S53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat berikut

  • Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1 (b), 1(c) dan 2 di atasd
  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan.(Gaji permulaan lantikan pada
  • Gred S43: RM3,551.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred S47: RM5,117.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred S51: RM5,750.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred S53: RM6,070.00)

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog, portal dan sebagainya.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

Perancangan

  • merancang, menganalisis dan menulis artikel mengenai isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa secara proaktif untuk mempromosi dan menjelaskan dasar kerajaan untuk difahami oleh setiap kumpulan sasaran;
  • merancang dan merangka tindakan strategik dan pelan intervensi yang sesuai digunakan untuk menangani isu-isu berbangkit di media sosial baharu seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog dan portal

Penganalisisan

  • melihat trend dan menganalisis dasar dan program kerajaan melalui media sosial;
  • menganalisis persepsi dan reaksi terhadap dasar dan program kerajaan;

Promosi

  • menyebarkan maklumat Kerajaan melalui media sosial;
  • meningkatkan jaringan rangkaian media siber kerajaan menerusi media sosial;
  • merancang promosi penggunaan media siber yang sihat di kalangan masyarakat

Pemantauan

  • memantau dan menganalisis situasi semasa dan membuat ramalan strategik berkenaan impak sesuatu isu dalam media siber;
  • memberi tindak balas segera (real time) terhadap isu dan komen mengenai kerajaan oleh pengguna media sosial; dan
  • memantau penggunaan media sosial dan menyediakan laporan pemantauan dan risikan secara berterusan.
Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Pocketjobs ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend