Jawatan Kosong Pegawai Kesatria Gred S41

by

Berikut adalah senarai penuh gaji jawatan Pegawai Kesatria& kerajaan, segala sesi temuduga atau pengambilan baru akan diberitahu dari semasa ke semasa

PENGUMUMAN PENTING : Syarat kelayakan dan gred gaji baru telah pun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

Segala maklumat dibawah adalah yang terkini mengikut skim tangga gaji terbaru kerajaan Malaysia.
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)
  • Bekas Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia atau Kapten Angkatan Tentera Malaysia atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

SYARAT FIZIKAL

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kesatria adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Antidadah Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikanberumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab merancang, mengurus serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawad pasukan pancaragam/muzik dan menguatkuasakan disiplin pelatih.

Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Pocketjobs ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Leave your vote

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*