Jawatan Kosong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

by

Berikut adalah senarai penuh gaji jawatan pegawai hal ehwal islam kerajaan, segala sesi temuduga atau pengambilan baru akan diberitahu dari semasa ke semasa

PENGUMUMAN PENTING : Syarat kelayakan dan gred gaji baru telah pun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

Segala maklumat dibawah adalah yang terkini mengikut skim tangga gaji terbaru kerajaan Malaysia.
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis.
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahu
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti keluarkan segala fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Syariah.

Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Pocketjobs ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Leave your vote

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*