≡ Menu

LOCATION
Perlis Kelantan Johor
Selangor T.Ganu Melaka
K.Lumpur Pahang N.9
Putrajaya Sabah Kedah
Sarawak P.Pinang Perak

Jawatan Kosong Pegawai Farmasi Gred UF41

Berikut adalah senarai penuh gaji jawatan pegawai farmasi kerajaan, segala sesi temuduga atau pengambilan baru akan diberitahu dari semasa ke semasa

PENGUMUMAN PENTING : Syarat kelayakan dan gred gaji baru telah pun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

Segala maklumat dibawah adalah yang terkini mengikut skim tangga gaji terbaru kerajaan Malaysia.

• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
• Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
•Jadual Gaji

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,740.00 RM9,656.00 RM225.00


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK
Ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia. [Gaji permulaan ialah pada Gred UF41: RM2,740.00]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS

  • Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal
  • Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran
  • Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan – menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.
Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di myportal ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend