≡ Menu

LOCATION
Perlis Kelantan Johor
Selangor T.Ganu Melaka
K.Lumpur Pahang N.9
Putrajaya Sabah Kedah
Sarawak P.Pinang Perak

Jawatan Kosong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Berikut adalah senarai penuh gaji jawatan pegawai ehwal ekonomi kerajaan, segala sesi temuduga atau pengambilan baru akan diberitahu dari semasa ke semasa

PENGUMUMAN PENTING : Syarat kelayakan dan gred gaji baru telah pun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

Segala maklumat dibawah adalah yang terkini mengikut skim tangga gaji terbaru kerajaan Malaysia.

• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
• Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 Jadual Gaji

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,083.00 RM9,549.00 RM225.00


SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00]
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57]
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99]
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62]
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62]
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83]
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia [Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS

  • Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi
  • Menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi
  • Melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar
  • Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.
Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Pocketjobs ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend