Jom Kenali Apa Itu Skim Latihan 1 Malaysia SL1M?

Apa itu SL1M Skim latihan 1 malaysia? SL1M adalah satu program dimana untuk membantu graduan yang menganggur atau yang masih dalam proses mencari pekerjaan.

Terdapat lebih 26 syarikat GLC yang mengambil bahagian dalam dalam program SL1M ini, dianggarkan lebih banyak syarikat GLC bakal tersenarai tidak lama lagi. Graduan yang memohon pekerjaan melalui Skim Latihan 1 Malaysia ini akan diberi latihan soft skill dan minimum 6 bulan on the job tranning sebelum diserap secara kekal di GLC berkaitan.

Berikut adalah bagaimana SL1M dilaksanakan:

BILPERLAKSANAAN DAN PROSES SL1M
1Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR
2Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training
3Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan
4Kriteria pemilihan peserta :
– Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5
5Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed)
6Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian.
7Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan. (Jika mereka membuka sebarang jawatan kosong)

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan terdapat 26 syarikat GLC terlibat dalam skim latihan 1 malaysia ini, berikut adalah senarai syarikat-syarikat tersebut:

BILSYARIKAT GLC TERLIBAT SL1M
1Affin Holdings Berhad,SL1M – AMP and FSTEP (Affin Management Programme and Financial Sector Talent Enrichment Programme)
2Amanah Raya Berhad SL1M – AmanahRaya Executive Associate
3Axiata Group Berhad SL1M – BLUi (BLUE interns)
4Bank Negara Malaysia SL1M – BNMGP (Bank Negara Malaysia Graduates Programme)
5Bank Pembangunan Malaysia Berhad SL1M – BPGDP (Bank Pembangunan Graduate Development Programme)
6Bousted Holdings Berhad SL1M – Boustead Graduate Internship Programme
7Chemical Company of Malaysia Berhad,SL1M – CCM
8CIMB Group Berhad,SL1M – CIMB Skill Enhancement Programme
9Khazanah Nasional Berhad SL1M – GEMS (Graduate Employability Management Scheme)
10Lembaga Tabung Haji SL1M – TH Lembaga Tabung Haji
11Malayan Banking Berhad SL1M – MAYBANK
12Malaysia Airports Holding Berhad SL1M – Malaysia Airports
13Malaysia Building Society Berhad SL1M – MBSB (MBSB Graduate Training Programme)
14Malaysian Airlines System Berhad SL1M – MGT (MH Graduate Trainee) Programme
15Malaysian Resources Corporation Berhad SL1M – MRCB
16MIMOS Berhad SL1M – MIMOS AcT (MIMOS Acceleration Talent)
17Perbadanan Nasional Berhad SL1M – PNS Graduate Talent Programme
18Permodalan Nasional Berhad SL1M – PNB Investment Bridging Programme
19Petroliam Nasional Berhad SL1M – GEES (Graduate Employability Enhancement Scheme)
20Sime Darby Berhad SL1M – SD MAP 2011 (Management Apprenticeship Programme)
21SIRIM Berhad,SL1M – SIRIM
22Telekom Malaysia Berhad,SL1M – TM GEOP (TM Graduate Employability Outreach Programme)
23Tenaga Nasional BerhadSL1M – Program Pembangunan Siswazah
24UDA Holdings Berhad SL1M – SPP UDA (Skim Pelatih Pengurusan UDA)
25UEM Group Berhad SL1M – UEM Group Berhad “YES” (UEM Group,Berhad “Young Executive Scheme”)
26UMW Holdings Berhad

Harapan program Skim Latihan 1Malaysia ini dapat kurangkan kadar pengangguran dikalangan graduan selepas ini.Sebenarnarnya program sebegini telah banyak dibuat contohnya seperti program GEMS.

Tetapi malangnya selepas  tamat latihan ada yang terpaksa menganggur semula disebabkan syarikat yang terlibat dalam program tersebut tak dapat sambung semula perkhidamatan mereka.

Tetapi SL1M adalah program dibawah naungan kerajaan, jadi, sebarang pengangguran selepas tamat latihan adalah pada kadar 1% sahaja

Siapa yang berminat boleh layari laman web utama SL1M iaitu http://www.epu.gov.my/sl1m

Recent search terms:

  • APA ITU sl1m malaysia
  • maksud sl1m malaysia airlines
  • pelatih sklim latihan satu malaysia telekom malaysia diserap

Latest from Jawatan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*